Sabtu, 20 Oktober 2012

MATHEMATICS IS FUN


Assalammualaikum dan Salam sejahtera..
Saya tertarik dengan pendapat seorang rakan dalam mesyuarat panitia Matematik semasa merangka aktiviti  untuk tahun hadapan.Rakan saya menyarankan guru –guru melatih murid menghafal formula-formula matematik menggunakan formula KASDIM atau nama penuhnya Kaedah Ahsahri dalam Inovasi Matematik. Disini saya kongsikan serba sedikit mengenai formula KASDIM ni.
KASDIM merupakan suatu kaedah pembelajaran dan pengajaran pelajar secara menyanyi untuk menghafal formula-formula matematik dan menyelesaikan masalah pengiraan. Kaedah KASDIM ini sesuai untuk pelajar sekolah rendah tahap satu dan dua.
  • Penemuan formula mengira sambil menyanyi `KASDIM' ini hasil cetusan ideaAhsahri Kasdi, guru di Sekolah Kebangsaan Sri Setia Jaya, Tanjung Sedili, Kota Tinggi, Johor. Beliau juga turut dinobatkan pemenang ke-3 Guru Inovatif Sekolah Rendah sempena Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2000.
  • Matlamat utama pengenalan KASDIM ialah adalah untuk memudahkan dan menguatkan daya ingatan pelajar mengenai asas matematik dan hafalan sifir.Idea menghasilkan formula tersebut tercetus apabila menyedari tentang kelemahan pelajar untuk mengingati fakta dan asas-asas matematik terutama sekali pelajar yang akan menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) di sekolahnya.


  • Sehingga kini sebanyak 13 buah lagu formula matematik ciptaan beliau di muatkan dalam buku panduan `Belajar Matematik Sambil Bernyanyi' untuk pelajar darjah empat hingga enam, kumpulan pelajar lemah dan yang tidak menghafal sifir.
  • Antara judul lagu yang terdapat dalam buku panduan tersebut termasuklahMari Mengeja, Pak We Pak Wa La Ga Wa, Rumah Nombor, Bundar, Tolak Tambah, Kotak, Oh La La, Pecahan, Diskaun, Untung Rugi dan banyak lagi.
  • Pengenalan KASDIM dalam proses pembelajaran mula dilaksanakan sejak tahun 1997 - yang diragui keberkesanannya. Bagaimanapun, formula mengira sambil menyanyi terbukti berjaya apabila keputusan subjek matematik dalam peperiksaan UPSR sekolahnya meningkat secara mendadak dari 69 peratus pada tahun 1997 kepada 98 peratus pada tahun 2000.Jika dibandingkan keputusan peperiksaan UPSR sebelum 1997 keputusannya adalah di tahap sederhana iaitu 55 peratus.
  • Mengimbas kembali kali pertama formula tersebut diperkenalkan pada tahun 1997 iaitu dua bulan sebelum peperiksaan UPSR dijalankan merupakan jalan terakhir melengkapkan pelajar sebelum ke dewan peperiksaan.
  • Ternyata usahanya tidak sia-sia kerana peratusan pelajar lulus peperiksaan dalam subjek matematik meningkat dari tahun pertama ia diperkenalkan iaitu pada tahun 1997 hinggalah sekarang.Setiap kali sesi matematik, beliau akan menggunakan set induksi iaitu mengambil masa lima minit pada awal waktu pembelajaran dengan mendengarkan lagu formula matematik yang hendak diajar kepada pelajar.
  • Dengan ini, pelajar akan lebih jelas mengenai sesuatu bab sebelum diberi latihan untuk dijawab sendiri. Selain di bilik darjah, kelab matematik juga turut mempraktikkan formula KASDIM sebagai modul pembelajaran bagi aktiviti kelab tersebut.
Sehingga kini, formula KASDIM sudahpun diperkenalkan di sekolah-sekolah di Johor, Perak, Pahang dan Selangor.



                  Jom kita dengar lirik lagu KASDIM ni…

 1. RUMAH NOMBOR

 2. TAMBAH DAN TOLAK




Tiada ulasan:

Catat Ulasan