Khamis, 1 November 2012

Tajuk : Ruang


RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
(Tanpa Program LINUS - Numerasi)

Mata Pelajaran dan kelas :Matematik Tahun Dua Damai
Tema/tajuk : Ruang
Masa : 60 minit
Standard Kandungan : 13.3 Mengenal pasti bentuk dua
Dimensi
Standard Pembelajaran: 13.3 i.Mengenal pasti bentuk dua dimensi berdasarkan huraian

Objektif Pembelajaran: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat Mengenal pasti bentuk 2 dimensi.

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran:
• Guru akan memaparkan bentuk robot yang terdiri daripada segiempat sama , segiempat tepat , segitiga dan bulatan.
• Guru akan mengarahkan murid menyatakan bentuk dua dimensi yang terdapat di robot.
• Murid juga akan menamakan bentuk-bentuk dua dimensi tersebut.
• Guru akan memperkenalkan bentuk-bentuk dua dimensi.
• Murid menampal bentuk 2d menggunakan objek.
Contoh: kapal, bangunan,
Elemen Merentas Kurikulum (EMK):
• Kreativiti dan inovasi

Bahan Bantu Belajar:
Kotak mancis , duit siling,pengantung baju dan kertas warna.

Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran:
Penilaian melalui pemerhatian dan penciptaan objek menggunakan bahan dua dimensi.





RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
(Berserta Program LINUS - Numerasi)


Mata Pelajaran : Matematik Tahun Satu Damai
Tajuk : Tambah
Masa : 60 minit
Standard Pembelajaran : 2.1 (i), (ii) dan (iii)
Objektif Pembelajaran:
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:
a. Menyatakan pasangan nombor bagi kumpulan objek yang diberi.
b. Menyebut nombor bagi jumlah objek pasangan kumpulan yang diberi
c. Membina kombinasi dua nombor bagi jumlah objek yang diberi.

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran:
Murid Perdana
1. Perbincangan mengenai:
o Dua kumpulan objek
o Bilangan dua kumpulan objek yang disatukan
o Kad gambar yang menunjukkan dua kumpulan objek.
2. Murid membina dua kumpulan objek dan menyebutkan jumlahnya.
3. Murid bina kombinasi dua nombor berdasarkan satu kumpulan objek.

Murid LINUS (Numerasi)
1. Soaljawab mengenai nilai lebih satu daripada suatu nombor
o Seorang murid masukkan sebiji bola ke dalam bakul.
o Soaljawab mengenai bilangan bola yang ada dalam bakul
o Masukkan lagi sebiji bola ke dalam bakul.
(aktiviti berterusan untuk bilangan yang lain pula)
2. Bimbing murid menyebut lebih satu adalah nombor yang berikutnya.
3. Tunjuk dan sebut nombor lebih satu adalah nombor berikut berdasarkan garis nombor.

Elemen Merentas Kurikulum (EMK):
• Kreativiti (membina kumpulan objek, kombinasi dua nombor bagi satu kumpulan objek)
• Perbendaharaan kata merujuk situasi tambah.

Bahan Bantu Belajar:
Alat pembilang (cip plastik, pensel, blok asas), kad gambar. Kad garis nombor.

Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran:
Penilaian melalui pemerhatian semasa P&P dan perbincangan.

Refleksi:
90% murid mencapai objektif pembelajaran. Murid yang belum menguasai dibimbing melalui aktiviti pengukuhan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan