Khamis, 1 November 2012

Tajuk : Ukuran Panjang


RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
(Tanpa Program LINUS - Numerasi)

Mata Pelajaran dan kelas : Matematik Tahun Duan Cerdas
Topik : Panjang
Masa : 30 minit
Standard Kandungan : 10.2 Mengukur dalam unit sentimeter dan meter
Standard Pembelajaran :

(ii)Mengukur dan merekodkan ukuran panjang objek dalam unit:
(a) sentimeter,
(b) meter.

Objektif Pembelajaran:
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:


(ii)Mengukur dan merekodkan ukuran panjang objek dalam unit:
(a) sentimeter,
(b )meter.


Aktiviti pengajaran dan pembelajaran:
• Murid mengukur panjang objek dengan menggunakan pembaris dalam unit sentimeter(cm):
Buku teks, pensel, pemadam, kapur, buku latihan
• Murid mengukur panjang objek dalam unit meter(m):
Pintu, meja guru, papan hitam, almari
• Murid merekodkan ukuran mereka .


Elemen Merentas Kurikulum (EMK):
• pemerhatian.
Nilai:bekerjasama,rajin

Bahan Bantu Belajar:
Objek sebenar di sekitar kelas, pembaris.

Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran:
Penilaian melalui pemerhatian semasa p&p dan perbincangan.

Refleksi:
2 daripada 30 murid yang belum mencapai objektif pembelajaran akan dibimbing dalam kelas akan datang.









RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
(Berserta Program LINUS - Numerasi)

Mata Pelajaran dan kelas : Matematik Tahun Duan Cerdas
Topik : Panjang
Masa : 30 minit
Standard Kandungan : 10.2 Mengukur dalam unit sentimeter dan meter
Standard Pembelajaran :

(ii)Mengukur dan merekodkan ukuran panjang objek dalam unit:
(a) sentimeter,
(b) meter.

Objektif Pembelajaran:
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:

(ii)Mengukur dan merekodkan ukuran panjang objek dalam unit:
(a) sentimeter,
(b )meter.

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran:
Murid Perdana
• Murid mengukur panjang objek dengan menggunakan pembaris dalam unit sentimeter(cm):
Buku teks, pensel, pemadam, kapur, buku latihan
• Murid mengukur panjang objek dalam unit meter(m):
Pintu, meja guru, papan hitam, almari
• Murid merekodkan ukuran mereka .

Murid LINUS (Numerasi)
• Meminta murid menyatakan standard unit untuk ukuran panjang:
(a) cm
(b) m
• Guru menerangkan cara-cara mengukur objek dengan berpandukan objek maujud.
• Guru mempamerkan beberapa objek di papan tulis dan meminta murid untuk mengukur panjang objek tersebut.
• Murid dibimbing untuk mengukur panjang objek dan merekodkan ukuran panjang objek dalam cm.
• Aktiviti kumpulan dan perbincangan.
• Murid diminta menyelesaikan lembaran kerja dengan bimbingan guru.

Elemen Merentas Kurikulum (EMK):
• Pemerhatian
Nilai:bekerjasama,rajin

Bahan Bantu Belajar:
Objek sebenar di sekitar kelas, pembaris panjang, gambar.

Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran:
Penilaian melalui pemerhatian semasa P&P dan perbincangan.

Refleksi:
28 daripada 30 murid aras perdana mencapai objektif pembelajaran. 2 murid yang belum menguasai dibimbing melalui aktiviti pengukuhan. 1 daripada 3 murid Linus belum mencapai objektif pembelajaran akan dibimbing pada masa akan datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan