Labels
- RPH (10)
- SOALAN LATIHAN (10)
- TIP-TIP BIJAK MATEMATIK (3)
- YOUTUBE (3)
- CERITA (2)
- POWER POINT (2)
- REKRIASI MATEMATIK (2)
- SUDOKU (1)
Mengenai Saya
Tepati masa
Blog Yang Menarik
-
-
-
6 tahun yang lalu
-
8 tahun yang lalu
-
12 tahun yang lalu
-
12 tahun yang lalu
Dikuasakan oleh Blogger.
Pautan Istimewa
Anda Meminati ?
-
RPH Matematik KSSR Tahun 2 Tahun 2012 RANCANGAN PELAJARAN HARIAN (Tanpa Program LINUS - Numerasi) Mata Pelajaran dan kelas : Mat...
Catatan Popular
Khamis, 1 November 2012
RPH TAHUN 2 : DARAB
RPH Matematik KSSR Tahun 2 Tahun 2012
RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
(Tanpa Program LINUS - Numerasi)
Mata Pelajaran dan kelas : Matematik Tahun Dua Damai
Topik : Darab
Masa : 60 minit
Standard Kandungan : 4.1 Menulis ayat matematik bagi operasi darab
Standard Pembelajaran : 4.1.Menulis ayat matematik darab apabila diberi kumpulan dua- dua ,
lima-lima , sepuluh-sepuluh dan empat-empat berpandukan
a) Objek
b) Gambar
yang sama banyak
Objektif Pembelajaran :
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:
Menulis ayat matematik darab apabila diberi kumpulan dua-dua , lima-lima , sepuluh-sepuluh dan empat-empat berpandukan objek dan gambar yang sama banyak
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran:
1) Set induksi-Menyanyi
2) Mempamerkan gambar yang mengandungi kumpulan dua-dua, ,murid menulis :
ayat matematik untuk operasi tambah
3) Guru membimbing murid untuk menuliskan ayat matematik untuk operasi darab
Contoh: Operasi tambah : 2+2+2=6
Operasi darab : 3 x 2 = 6 (tiga dua bersamaan enam)
( bilangan kumpulan x bilangan objek)
4) Mempamerkan gambar yang mengandungi kumpulan lima-lima, ,murid menulis:
ayat matematik untuk operasi tambah
5) Guru membimbing murid untuk menuliskan ayat matematik untuk operasi darab
6) Menjalankan aktiviti kumpulan dan perbincangan (murid diberi objek maujud yang disusun dalam
kumpulan dua-dua dan lima-lima,murid menuliskan ayat matematik bagi operasi darab )
7) Penutup- Rumusan( operasi darab= operasi tambah berulang) Lembaran kerja
Elemen Merentas Kurikulum (EMK):
Teknologi Maklumat dan Komunikasi
· Nilai murni : bekerjasama
Bahan Bantu Belajar:
Gambar, pensel warna,radio
Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran:
Penilaian melalui pemerhatian semasa p&p dan perbincangan.
Refleksi:
5 daripada 36 murid yang belum mencapai objektif pembelajaran akan dibimbing dalam kelas akan datang.
RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
(Berserta Program LINUS - Numerasi)
Mata Pelajaran dan kelas : Matematik Tahun Dua Damai
Topik : Darab
Masa : 60 minit
Standard Kandungan : 4.1 Menulis ayat matematik bagi operasi darab
Standard Pembelajaran :4.1.iv Menulis ayat matematik darab apabila diberi kumpulan dua- dua , lima-lima , sepuluh-sepuluh dan empat-empat berpandukan
c) Objek
d) Gambar
yang sama banyak
Objektif Pembelajaran:
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid berupaya untuk:
Menulis ayat matematik darab apabila diberi kumpulan dua-dua , lima-lima , sepuluh-sepuluh dan empat-empat berpandukan objek dan gambar yang sama banyak
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran:
Murid Perdana
1) Set induksi-Menyanyi
2) Mempamerkan gambar yang mengandungi kumpulan dua-dua, ,murid menulis :
ayat matematik untuk operasi tambah
3) Guru membimbing murid untuk menuliskan ayat matematik untuk operasi darab
Contoh: Operasi tambah : 2+2+2+2+2+2=12
Operasi darab : 6 x 2 = 12 (enam dua bersamaan dua belas)
(bilangan kumpulan x bilangan objek)
4) Mempamerkan gambar yang mengandungi kumpulan lima-lima, ,murid menulis:
ayat matematik untuk operasi tambah
5) Guru membimbing murid untuk menuliskan ayat matematik untuk operasi darab
6) Menjalankan aktiviti kumpulan dan perbincangan (murid diberi objek maujud yang disusun dalam
kumpulan dua-dua dan lima-lima,murid menuliskan ayat matematik bagi operasi darab )
7) Penutup- Rumusan( operasi darab= operasi tambah berulang)
Lembaran kerja
Murid LINUS (Numerasi)
1. Ulangkaji tentang kemahiran operasi tambah dengan menggunakan objek maujud
2. Guru membimbing murid menuliskan ayat matematik untuk operasi darab dengan berpandukan objek
maujud yang ditunjukkan
Contoh: Operasi tambah : 2+2+2=6
Operasi darab : 3 x 2 =6
(aktiviti berterusan sehingga 5 x 2=10.
3. Membimbing murid menyiapkan lembaran kerja.
Elemen Merentas Kurikulum (EMK):
Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Nilai murni : bekerjasama , rajin , berdikari
Bahan Bantu Belajar:
Gambar, pensel warna, gula-gula , radio
Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran:
Penilaian melalui pemerhatian semasa p&p dan perbincangan.
Refleksi:
5 daripada 30 murid yang belum mencapai objektif pembelajaran akan dibimbing dalam kelas akan datang.
2 daripada 5 orang murid belum mencapai objektif pembelajaran akan dibimbing dalam kelas akan datang.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan