Memaparkan catatan dengan label TIP-TIP BIJAK MATEMATIK. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label TIP-TIP BIJAK MATEMATIK. Papar semua catatan

Khamis, 1 November 2012

SAYA SUKA MATEMATIK


SAYA SUKA MATEMATIK

Ada beberapa perkara yang belajar daripada Budiyamin tentang matematik. Satu, kalau nak pandai matematik, kita kena suka matapelajaran tu. Habis, kalau kita dah memang tak suka macam mana? Caranya, mula-mula buat-buat macam kita sukakan matapelajaran tu. Kita macam berlakon sikit yang kita suka subjek tu. Kemudian, mula buat latihan sedikit demi sedikit. Tak perlu terus mula dengan 100 soalan. Bukan apa, takut terkejut nanti lepas tu terus makin benci.  

Kedua, matematik adalah latihan dan latihan adalah matematik. Maksud saya, matematik adalah satu subjek yang anda perlu buat latihan untuk menguasainya, bukan membaca. (Ada pelajar yang belajar matematik dengan hanya membacanya). Saya berjaya menguasai matematik kerana saya ikut Budiyamin buat latihan. Semakin banyak latihan saya buat, saya jadi semakin cekap. Malah, ramai kawan sekelas akan tanya saya dan Budiyamin tentang cara menjawab soalan matematik.

Ketiga, matematik adalah matapelajaran yang memerlukan disiplin. Walaupun anda faham topik tertentu, anda tidak akan dapat menjawab dalam masa yang diberikan jika anda tidak mendisiplinkan diri untuk menjawab soalan matematik. Setiap kali anda berlatih menjawab soalan matematik, catat masa yang anda ambil. Selalunya anda ada masa kurang daripada 3 minit untuk menjawab satu soalan. Jadi, cuba kejar masa itu,  maksud saya, cuba latih menjawab dengan secepat mungkin.

Keempat, anda perlu HAFAL SIFIR! Saya tahu ramai pelajar yang merungut tentang perkara ini. Ada pelajar tingkatan lima yang saya uji dengan sifir 7 pun tidak lepas. Alasan mereka, mereka boleh guna mesin kira, mengapa perlu ingat sifir?

Persoalannya ialah, hafal sifir bukan sahaja untuk mengetahui berapa 5 x 5 dan berapa 12 x 7. Tetapi, menghafal sifir akan membuat otak anda lebih cepat dan cekap mengira. Kalau asyik bergantung kepada mesin kira, daya pemikiran anda akan semakin lemah kerana tidak ada usaha yang dilakukan oleh otak anda. Lihat mereka yang handal matematik, pasti mereka cekap juga dalam sifir.

Akhir sekali, anda perlu ada azam dan kemahuan untuk jadi hebat dalam subjek matematik. Jika anda kisah tidak kisah, sukar untuk anda kuasai subjek ini. Insyaallah saya akan kongsikan lagi di masa akan datang petua-petua untuk menguasai matapelajaran matematik ini.

Khamis, 18 Oktober 2012

Tips BIJAK MATEMATIK



BIJAK dalam subjek Matematik menjadi salah satu kelebihan kanak-kanak yang aktif khususnya mereka yang mengalami obesiti.
Senaman biasa boleh menambah kemampuan kanak-kanak obes, yang biasanya hanya duduk diam, untuk berfikir, membuat pelbagai rancangan, bahkan bertambah baik dalam Matematik.
Demikian penemuan oleh pengkaji di Universiti Sains Kesihatan Georgia, Amerika Syarikat (AS).
Mengapa mata pelajaran Matematik? Tidak dijelaskan sebabnya, namun alasan utama kerana Matematik adalah subjek yang memiliki tahap kesukaran yang lebih tinggi berbanding mata pelajaran lain.
Para pengkaji juga berharap agar bukan kanak-kanak obes sahaja yang perlu bersenam setiap hari, bahkan mereka yang bertubuh normal. Penyelidikan tersebut didasarkan pada kajian ke atas 171 orang kanak-kanak terlebih berat badan berusia antara tujuh hingga 11 tahun di AS.
Setelah melakukan senaman setiap hari, terdapat perkembangan yang sangat signifikan dari segi kecergasan dan penguasaan mereka dalam matematik. Menurut laman web Pysch Central, selepas dilakukan imbasan MRI terhadap otak kanak-kanak tersebut, terdapat peningkatan aktiviti otak di korteks prefrontal iaitu kawasan yang digunakan untuk berfikir.

Jumaat, 12 Oktober 2012

Teknik Mudah dan Pantas Hafal/Ingat Sifir -E-Sifir



Kepada sesiapa yang nak ajar anak-anak ataupun pelajar-pelajar mengingati sifir dengan cara yang agak mudah dan pantas, bolehlah guna kaedah e-sifir yang telah dicipta oleh seorg guru(tak ingat dah nama dia)..

Kaedah ni agak menarik dan senang diajar tetapi ia memerlukan pelajar mengingati langkah² tertentu..

Di bawah ada sedikit snapshot daripada power point teknik² hafal sifir secara mudah itu.





Bila teknik e-sifir ni dah dikuasai, pesan kepada pelajar² supaya bila dapat je kertas soalan Matematik, terus tulis sifir² tersebut dia atas kertas soalan. Senang nanti hanya rujuk je kepada sifir² tersebut bila nak jawab soalan yang memerlukan penggunaaan sifir.

Tapi kaedah ni terhad kepada sifir 5-9 sahaja. Tak pasti sama ada masih ada untuk sifir² yang lain atau tidak