Labels
- RPH (10)
- SOALAN LATIHAN (10)
- TIP-TIP BIJAK MATEMATIK (3)
- YOUTUBE (3)
- CERITA (2)
- POWER POINT (2)
- REKRIASI MATEMATIK (2)
- SUDOKU (1)
Mengenai Saya
Tepati masa
Blog Yang Menarik
-
-
-
7 tahun yang lalu
-
9 tahun yang lalu
-
13 tahun yang lalu
-
13 tahun yang lalu
Dikuasakan oleh Blogger.
Pautan Istimewa
Anda Meminati ?
-
RANCANGAN PELAJARAN HARIAN (Tanpa Program LINUS - Numerasi) Mata Pelajaran dan kelas : Matematik Tahun Duan Cerdas Topik : Panjang Mas...
-
Kepada sesiapa yang nak ajar anak-anak ataupun pelajar-pelajar mengingati sifir dengan cara yang agak mudah dan pantas, bolehlah guna k...
-
BIJAK dalam subjek Matematik menjadi salah satu kelebihan kanak-kanak yang aktif khususnya mereka yang mengalami obesiti. Senaman biasa...
-
PEMBAHAGIAN 1. 2 ¸ 1 = 24. 48 ¸ 8 = 47. 24 ¸ 4 = 70. ...
-
RPH Matematik KSSR Tahun 2 Tahun 2012 RANCANGAN PELAJARAN HARIAN (Tanpa Program LINUS - Numerasi) Mata Pelajaran dan kelas : Mat...
Catatan Popular
Memaparkan catatan dengan label REKRIASI MATEMATIK. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label REKRIASI MATEMATIK. Papar semua catatan
Ahad, 11 November 2012
Teka teki Wang
Abu nak beli baju yang berharga RM50.
Abu pinjam kat kawan "A" RM25 dan Abu pinjam kat kawan "B" RM25
so Abu pegi la nak beli baju tu.
masa Abu pegi. Abu tengok baju tu sale. harga turun. baju tu sekarang berharga RM45.
Abu bayar then Abu dapat baki RM5.
Abu bagi kawan "A" RM1 dan Abu bagi kawan "B" RM1.
Abu tinggal RM3.
Abu hutang kawan "A" RM24 dan Abu hutang kawan "B" RM24.
so Abu hutang RM48.
Abu ade RM3 sekarang.
RM48+RM3= RM51
kenapa boleh ada RM51? sedangkan Abu pinjam RM50?
Rama pulak nak beli baju yang berharga RM50.
Rama pinjam kat kawan "A" RM25 dan Rama pinjam kat kawan "B" RM25
so Rama pegi la nak beli baju tu.
masa Rama pergi. Rama lihat baju tu sale. harga turun. baju tu skarang berharga RM44.
Rama bayar then Rama dapat baki RM6.
Rama bagi kawan "A" RM2 dan Rama bagi kawan "B" RM2.
Rama tinggal RM2.
Rama hutang kawan "A" RM23 dan Rama hutang kawan "B" RM23.
so Rama hutang RM46.
Rama ade RM2 skarang.
RM46 + RM2 = RM48. mana lagi RM2?
Ah Lin nak beli baju yang berharga RM50.
Ah Lin pinjam kat kawan "A" RM25 dan Ah Lin pinjam kat kawan "B" RM25
so Ah Lin pergi la nak beli baju tu.
masa Ah Lin pegi. Ah Lin tengok baju tu sale. harga turun.
baju tu sekarang berharga RM47.
Ah Lin bayar then Ah Lin dapat baki RM3.
Ah Lin bagi kawan "A" RM1 dan Ah Lin bagi kawan "B" RM1.
Ah Lin tinggal RM1.
Ah Lin hutang kawan "A" RM24 dan Ah Lin hutang kawan "B" RM24.
so Ah Lin hutang RM48.
Ah Lin ade RM1 skarang.
RM48 + RM1 = RM49
kenapa jumlah duit jadi RM49? Ke mana hilang RM1?
Sabtu, 20 Oktober 2012
MATHEMATICS IS FUN
Assalammualaikum dan Salam sejahtera..
Saya tertarik dengan pendapat seorang rakan dalam mesyuarat panitia Matematik semasa merangka aktiviti untuk tahun hadapan.Rakan saya menyarankan guru –guru melatih murid menghafal formula-formula matematik menggunakan formula KASDIM atau nama penuhnya Kaedah Ahsahri dalam Inovasi Matematik. Disini saya kongsikan serba sedikit mengenai formula KASDIM ni.
KASDIM merupakan suatu kaedah pembelajaran dan pengajaran pelajar secara menyanyi untuk menghafal formula-formula matematik dan menyelesaikan masalah pengiraan. Kaedah KASDIM ini sesuai untuk pelajar sekolah rendah tahap satu dan dua.
- Penemuan formula mengira sambil menyanyi `KASDIM' ini hasil cetusan ideaAhsahri Kasdi, guru di Sekolah Kebangsaan Sri Setia Jaya, Tanjung Sedili, Kota Tinggi, Johor. Beliau juga turut dinobatkan pemenang ke-3 Guru Inovatif Sekolah Rendah sempena Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2000.
- Matlamat utama pengenalan KASDIM ialah adalah untuk memudahkan dan menguatkan daya ingatan pelajar mengenai asas matematik dan hafalan sifir.Idea menghasilkan formula tersebut tercetus apabila menyedari tentang kelemahan pelajar untuk mengingati fakta dan asas-asas matematik terutama sekali pelajar yang akan menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) di sekolahnya.
- Sehingga kini sebanyak 13 buah lagu formula matematik ciptaan beliau di muatkan dalam buku panduan `Belajar Matematik Sambil Bernyanyi' untuk pelajar darjah empat hingga enam, kumpulan pelajar lemah dan yang tidak menghafal sifir.
- Antara judul lagu yang terdapat dalam buku panduan tersebut termasuklahMari Mengeja, Pak We Pak Wa La Ga Wa, Rumah Nombor, Bundar, Tolak Tambah, Kotak, Oh La La, Pecahan, Diskaun, Untung Rugi dan banyak lagi.
- Pengenalan KASDIM dalam proses pembelajaran mula dilaksanakan sejak tahun 1997 - yang diragui keberkesanannya. Bagaimanapun, formula mengira sambil menyanyi terbukti berjaya apabila keputusan subjek matematik dalam peperiksaan UPSR sekolahnya meningkat secara mendadak dari 69 peratus pada tahun 1997 kepada 98 peratus pada tahun 2000.Jika dibandingkan keputusan peperiksaan UPSR sebelum 1997 keputusannya adalah di tahap sederhana iaitu 55 peratus.
- Mengimbas kembali kali pertama formula tersebut diperkenalkan pada tahun 1997 iaitu dua bulan sebelum peperiksaan UPSR dijalankan merupakan jalan terakhir melengkapkan pelajar sebelum ke dewan peperiksaan.
- Ternyata usahanya tidak sia-sia kerana peratusan pelajar lulus peperiksaan dalam subjek matematik meningkat dari tahun pertama ia diperkenalkan iaitu pada tahun 1997 hinggalah sekarang.Setiap kali sesi matematik, beliau akan menggunakan set induksi iaitu mengambil masa lima minit pada awal waktu pembelajaran dengan mendengarkan lagu formula matematik yang hendak diajar kepada pelajar.
- Dengan ini, pelajar akan lebih jelas mengenai sesuatu bab sebelum diberi latihan untuk dijawab sendiri. Selain di bilik darjah, kelab matematik juga turut mempraktikkan formula KASDIM sebagai modul pembelajaran bagi aktiviti kelab tersebut.
Sehingga kini, formula KASDIM sudahpun diperkenalkan di sekolah-sekolah di Johor, Perak, Pahang dan Selangor.
Jom kita dengar lirik lagu KASDIM ni…
1. RUMAH NOMBOR
Langgan:
Catatan (Atom)

