Labels
- RPH (10)
- SOALAN LATIHAN (10)
- TIP-TIP BIJAK MATEMATIK (3)
- YOUTUBE (3)
- CERITA (2)
- POWER POINT (2)
- REKRIASI MATEMATIK (2)
- SUDOKU (1)
Mengenai Saya
Tepati masa
Blog Yang Menarik
-
-
-
4 tahun yang lalu
-
6 tahun yang lalu
-
10 tahun yang lalu
-
10 tahun yang lalu
Dikuasakan oleh Blogger.
Pautan Istimewa
Anda Meminati ?
-
-
PEMBAHAGIAN 1. 2 ¸ 1 = 24. 48 ¸ 8 = 47. 24 ¸ 4 = 70. ...
-
tips mudah matematik arshad19901 Subscribe 13 videos 1,851 Like Add to Share
-
MATEMATIK TAHUN 2 (TIMBANGAN BERAT) Video pengajaran Mikro RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (Pengajaran Mikro) Tarikh ...
Catatan Popular
Khamis, 1 November 2012
Tajuk : Perpuluhan
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
(Tanpa Program LINUS – NUMERASI)
Matapelajaran & Kelas : Matematik & 2 Mullai
Tema/ tajuk : Perpuluhan
Masa : 60 minit
Standard kandungan : 7.3 Membandingkan nilai perpuluhan
Standard pembelajaran : (i) Membandingkan nilai sifar perpuluhan dan satu
hingga sifar perpuluhan Sembilan, dengan
berpandukan lipatan kertas, garis nombor dan
gambarajah.
Objektif Pembelajaran :
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat membandingkan nilai perpuluhan dengan menggunakan:
a. Lipatan kertas
b. Garis nombor
c. Gambarajah
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran:
1) Lipatan kertas
- Guru akan mengedarkan kepingan kertas yang telah dilipat kepada 10 bahagian yang sama.
- Murid akan melorekkan bahagian yang sama nilai dengan nilai perpuluhan yang dinyatakan oleh guru.
- Selepas terdapat 2 nilai perpuluhan, murid akan membanding bezakan kedua-dua nilai tersebut.
- Murid akan cuba dengan sendiri kali ini di mana guru hanya menyebut nilai perpuluhan.
2) Garis nombor
- Murid akan membina garis nombor yang mewakili pecahan persepuluh.
- Murid diedarkan dua klip kertas yang berwarna biru dan merah.
- Murid akan mengepilkan klip kertas tersebut pada tempat yang betul selepas disebut oleh guru.
- Murid membezakan kedua-dua nilai perpuluhan.
3) Gambarajah
- Guru akan mengedarkan gambarajah yang telah dilorekkan kepada murid.
- Murid perlu melabel dan membandingkan nilai perpuluhan.
Elemen Merentas Kurikulum (EMK):
• Kreativiti (membina garis nombor) pemerhatian, membanding dan membeza.
Bahan Bantu Belajar:
Kepingan kertas, garis nombor, gambarajah, klip kertas, pensel warna dan kertas Lembaran kerja.
Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran:
Penilaian melalui pemerhatian semasa p&p dan perbincangan.
Refleksi:
_ daripada _ murid yang belum mencapai objektif pembelajaran akan dibimbing dalam kelas akan datang.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan